Akhbar EDISI INTERNET

   


Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Khamis, September 06, 2007

citer babi lagi..

mmm.... citer babi lagi.. ni pasal babi Melaka, yang isunya pernah disiarkan di TV3 bulan lepas(Ogos 2007), kali ni.. sekali lagi isu ini timbul dan kerajaan Negeri Melaka mengadakan operasi menghapuskan babi semalam.. tapi gagal kerana dihalang oleh BABI.
- Memang HAIRAN... macam-mana babi boleh halang Pihak BERKUASA.

Rabu, Ogos 29, 2007

Awek posing ngan Anjing & Babi

Awek ngan Anjing
Baby GirlBaby Girl
Baby GirlCover Album ROCK

Khabarnya berlaku di UPM dan ianya adalah gambar-gambar Veterinar students kat sana. Memang tak salah untuk mereka belajar untuk jadi doktor haiwan ni... tak kira laa.. diaorang kena blaja pasal apa pun, kena pegang ke, kena bedah ke.. paling tidak, kalau ada penyakit berjangkit yang di bawa oleh haiwan ni ke nanti.. ada jugak orang kita yang tau.. pasal binatang ni. Pasal pegang tu.. tangan basah ke.. kering ke... tak kesah, asalkan lepas tu..samak laa.

Cuma yang paling aku HAIRAN dan tak bekenan tu.. diaorang posing untuk bergambar bukan main lagi..macam nak buat cover album.. tak ke nanti menimbulkan fitnah.

Ahad, Ogos 26, 2007

Promoter Murahan.

Seperti biasa selepas memotong rumput, aku pergi ke cybercafe untuk mengupdate blog & berita terkini. Sedang syok buat kerja, tetiba ada bebudak masuk cybercafe tu.. tanya kat tokey(budak jugak) yang jaga cyber tu..."wey.. video drunken minah rempit camner nak download". Tokey tu pun jawab; "Ala.. kau download jea.. kat -tut-, taip -tut tut tut- dapat laa..."

Aku pun tak berapa kesah sangat pasal apa yang diaorang sembangkan tu, dalam setengah jam lepas tu aku pun keluar dari cybercafe tu.. pegi kedai Mamak tak berapa jauh dari cybercafe tu. Sampai jea kedai Mamak aku pun baca tajuk akbar -tut- hari ni (Ahad, 26 Ogos) yang tergantung kat kedai Mamak tu.. tekojut den.. rupanya apa yang bebudak tu tanya tadi pasal berita ni.. lah.

Aku tak hairan sangat pasal budak pompuan tu.. sebab dia dah mabuk.. aku rasa lebih teruk dari tu pun dia akan buat lepas tu. Cuma yang aku hairan si promoter(PENULIS) yang promote pasal budak perempuan tu. Adakah dia nak menyedarkan bangsa atau nak menglamour dan melariskan paper. Tak terfikir ke dia pasal sikap dan perangai atau sifat semulajadi manusia, mereka biasanya bukan nak sangat ambil iktibar, kalau ada pun orang tua yang mengeluh kesah dengan perangai budak-budak zaman sekarang, sebahagiannya pula tak ambil tahu dan yang banyaknya ialah golongan yang akan mencari video klip tu.. tak kiralah di cybercafe ke.. di kedai jual CD ke. Contoh macam video lagu Negarakuku nyanyian Namewee tu... sampai ada yang cari kat kedai jual VCD.

- mmm.. aku tak tau apa komen korang, tapi aku HAIRAN.