Akhbar EDISI INTERNET

   


Selasa, Januari 15, 2008

Artis Tak Malu






Faizal Tahir.. sekali lagi buat hal.. kalau korang baca METRO semalam, ada gambar dia dah bukak baju & tengah bukak tali pinggang... nasib baik tak bukak seluar.


Yang aku HAIRAN tu.... dia tu dulu kan penyanyi nasyid, buat malu geng-geng nasyid jea..hampeh btul.

Khamis, September 06, 2007

citer babi lagi..

mmm.... citer babi lagi.. ni pasal babi Melaka, yang isunya pernah disiarkan di TV3 bulan lepas(Ogos 2007), kali ni.. sekali lagi isu ini timbul dan kerajaan Negeri Melaka mengadakan operasi menghapuskan babi semalam.. tapi gagal kerana dihalang oleh BABI.
- Memang HAIRAN... macam-mana babi boleh halang Pihak BERKUASA.

Rabu, Ogos 29, 2007

Awek posing ngan Anjing & Babi

Awek ngan Anjing
Baby GirlBaby Girl
Baby GirlCover Album ROCK

Khabarnya berlaku di UPM dan ianya adalah gambar-gambar Veterinar students kat sana. Memang tak salah untuk mereka belajar untuk jadi doktor haiwan ni... tak kira laa.. diaorang kena blaja pasal apa pun, kena pegang ke, kena bedah ke.. paling tidak, kalau ada penyakit berjangkit yang di bawa oleh haiwan ni ke nanti.. ada jugak orang kita yang tau.. pasal binatang ni. Pasal pegang tu.. tangan basah ke.. kering ke... tak kesah, asalkan lepas tu..samak laa.

Cuma yang paling aku HAIRAN dan tak bekenan tu.. diaorang posing untuk bergambar bukan main lagi..macam nak buat cover album.. tak ke nanti menimbulkan fitnah.

Isnin, Ogos 27, 2007

Bendera SEKSI

Nasha Aziz berbaju Bendera Malaysia Sudirman berbaju Bendera Malaysia

Laporan akhbar The Star (24 Ogos 2007, sila rujuk berita : Bags fit for a Queen ), memaparkan gambar Nasha Aziz yang memakai baju bendera Malaysia dengan fesyen yang sungguh seksi(a.k.a.seksa). Walaupun memang sebelum ini memang ada penyanyi lain yang menjadikan bendera Malaysia sebagai pakai tetapi tak lah SEKSI camtu. Sudirman pun pernah pakai baju camtu..(lihat gambar diatas) tapi sesuai dengan majlis atau program yang diada(waktu tu..kalau tak silap aku dia pakai masa menyanyikan lagu patriotik).

Tapi kes Nasha Aziz ni.. lain sikit, majlis tu untuk promote hasil rekabentuk BEG TANGAN oleh pereka yang kini menetap di New York, lepas tu.. dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah plak.. (kalau tak silap Permaisuri Agong pakai tudung). Ia nampak macam tak kena jea.. seolah-olah macam Nasha Aziz ni.. tak pandai sesuaikan majlis dengan pakaian(jika dibandingkan dengan Sudirman). Selain dari itu, pakaian baju bendera Malaysia terlalu SEKSI untuk majlis tersebut, kan lebih sesuai jika baju bendera tu di buat baju Kurung ke... Kebaya ke.. O.K. la.. sikit.

- Aku lagi HAIRAN bila ada orang tanya.. KAT MANA NAK BELI BAJU TU..?

Ahad, Ogos 26, 2007

Promoter Murahan.

Seperti biasa selepas memotong rumput, aku pergi ke cybercafe untuk mengupdate blog & berita terkini. Sedang syok buat kerja, tetiba ada bebudak masuk cybercafe tu.. tanya kat tokey(budak jugak) yang jaga cyber tu..."wey.. video drunken minah rempit camner nak download". Tokey tu pun jawab; "Ala.. kau download jea.. kat -tut-, taip -tut tut tut- dapat laa..."

Aku pun tak berapa kesah sangat pasal apa yang diaorang sembangkan tu, dalam setengah jam lepas tu aku pun keluar dari cybercafe tu.. pegi kedai Mamak tak berapa jauh dari cybercafe tu. Sampai jea kedai Mamak aku pun baca tajuk akbar -tut- hari ni (Ahad, 26 Ogos) yang tergantung kat kedai Mamak tu.. tekojut den.. rupanya apa yang bebudak tu tanya tadi pasal berita ni.. lah.

Aku tak hairan sangat pasal budak pompuan tu.. sebab dia dah mabuk.. aku rasa lebih teruk dari tu pun dia akan buat lepas tu. Cuma yang aku hairan si promoter(PENULIS) yang promote pasal budak perempuan tu. Adakah dia nak menyedarkan bangsa atau nak menglamour dan melariskan paper. Tak terfikir ke dia pasal sikap dan perangai atau sifat semulajadi manusia, mereka biasanya bukan nak sangat ambil iktibar, kalau ada pun orang tua yang mengeluh kesah dengan perangai budak-budak zaman sekarang, sebahagiannya pula tak ambil tahu dan yang banyaknya ialah golongan yang akan mencari video klip tu.. tak kiralah di cybercafe ke.. di kedai jual CD ke. Contoh macam video lagu Negarakuku nyanyian Namewee tu... sampai ada yang cari kat kedai jual VCD.

- mmm.. aku tak tau apa komen korang, tapi aku HAIRAN.

Jumaat, Ogos 24, 2007

Bayi Ular (Bayi Ajaib)


Perhatian : Anda tidak digalakkan menonton video ini jika lemah semangat.

Al-kisahnya cerita ini khabarnya berlaku kat hospital di Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai dua orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doktor anak kandungannya itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai dua anak perempuan dan dia sangat teringinkan anak lelaki, maka sudah tentu kata doktor itu membuat dia berasa kecewa. Oleh kerana merasa kecewa dan sedih, setiap kali orang bertanyakan tentang jantina anak kandungannya itu(semasa dia mengandung), dia dengan slamber berseloroh menjawab, yang dia mengandungkan anak ular.

Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular(lihat video). Subhanallah. Nauzubillah....

Sebenarnya sudah banyak tanda dan petunjuk daripada Allah agar kita kembali kepadaNya dan menjadi orang yang bersyukur dengan apa yang ada. Tapi kekadang aku hairan melihat ORANG KITA... banyak yang lupa(lupa bersyukur). Wallahuaklam...