Akhbar EDISI INTERNET

   


Isnin, Ogos 27, 2007

Bendera SEKSI

Nasha Aziz berbaju Bendera Malaysia Sudirman berbaju Bendera Malaysia

Laporan akhbar The Star (24 Ogos 2007, sila rujuk berita : Bags fit for a Queen ), memaparkan gambar Nasha Aziz yang memakai baju bendera Malaysia dengan fesyen yang sungguh seksi(a.k.a.seksa). Walaupun memang sebelum ini memang ada penyanyi lain yang menjadikan bendera Malaysia sebagai pakai tetapi tak lah SEKSI camtu. Sudirman pun pernah pakai baju camtu..(lihat gambar diatas) tapi sesuai dengan majlis atau program yang diada(waktu tu..kalau tak silap aku dia pakai masa menyanyikan lagu patriotik).

Tapi kes Nasha Aziz ni.. lain sikit, majlis tu untuk promote hasil rekabentuk BEG TANGAN oleh pereka yang kini menetap di New York, lepas tu.. dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah plak.. (kalau tak silap Permaisuri Agong pakai tudung). Ia nampak macam tak kena jea.. seolah-olah macam Nasha Aziz ni.. tak pandai sesuaikan majlis dengan pakaian(jika dibandingkan dengan Sudirman). Selain dari itu, pakaian baju bendera Malaysia terlalu SEKSI untuk majlis tersebut, kan lebih sesuai jika baju bendera tu di buat baju Kurung ke... Kebaya ke.. O.K. la.. sikit.

- Aku lagi HAIRAN bila ada orang tanya.. KAT MANA NAK BELI BAJU TU..?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lebih sesuai kalau baju tu di buat dari bendera amerika...

Tanpa Nama berkata...

bendera malaysia bukan utk dibuat baju..tp utk dikibarkan..buat baju guna bendera malaysia seolah-olah menghina dan memalukan negara sendiri